Conference PaperPDF Available

Perspektif Keusahawanan Sosial di Malaysia

Authors:

Abstract

Abstrak Keusahawanan sosial merupakan sebahagian daripada bidang keusahawanan. Perkembangan ilmu pendidikan keusahawanan sosial adalah berdasarkan kepada perkembangan ilmu keusahawanan. Di Malaysia, perkembangan keusahawanan sosial adalah masih baharu dan amalan keusahawanan sosial ini tidak begitu meluas di kalangan usahawan-usahawan. Selain itu, keusahawanan sosial pula bukan hanya suatu konsep, malah keusahawanan sosial juga menjadi amalan kepada sebahagian daripada para rasul, termasuk Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Inovatif, proaktif, dan berani mengambil risiko merupakan ciri utama yang membentuk konsep dan ciri keusahawanan sosial yang boleh memberi sumbangan kepada pencapaian aspirasi sosial dan bukan untung. Keusahawanan sosial di Malaysia merupakan suatu bidang yang masih baharu dan memerlukan lebih banyak pendedahan kepada masyarakat kerana keusahawanan sosial sebagai pencipta kaedah baharu perniagaan yang inovatif untuk menyelesaikan masalah sosial (Muhamad & Adham, 2013). Justeru, tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan perspektif keusahawanan sosial di Malaysia.
Perspektif Keusahawanan Sosial di Malaysia
Nur Suriaty Daud @ Fhiria,* Shuhairimi Abdullahb’*, Yasmin Ahmad c, Siti Intan
Diyana Ishakd, Norhasyikin Rozalie, Balqis Yaacob @ Sallehf
a,b,c,d,e,f Universiti Malaysia Perlis,
nursuriaty88@gmail.com
shuhairimi@unimap.edu.my
yasminahmad@unimap.edu.my
sitiintandiyana@gmail.com
huwaida_67@yahoo.com
hadiyyabalqis@gmail.com
Abstrak
Keusahawanan sosial merupakan sebahagian daripada bidang keusahawanan. Perkembangan
ilmu pendidikan keusahawanan sosial adalah berdasarkan kepada perkembangan ilmu
keusahawanan. Di Malaysia, perkembangan keusahawanan sosial adalah masih baharu dan
amalan keusahawanan sosial ini tidak begitu meluas di kalangan usahawan-usahawan. Selain
itu, keusahawanan sosial pula bukan hanya suatu konsep, malah keusahawanan sosial juga
menjadi amalan kepada sebahagian daripada para rasul, termasuk Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat baginda. Inovatif, proaktif, dan berani mengambil risiko merupakan ciri utama yang
membentuk konsep dan ciri keusahawanan sosial yang boleh memberi sumbangan kepada
pencapaian aspirasi sosial dan bukan untung. Keusahawanan sosial di Malaysia merupakan
suatu bidang yang masih baharu dan memerlukan lebih banyak pendedahan kepada
masyarakat kerana keusahawanan sosial sebagai pencipta kaedah baharu perniagaan yang
inovatif untuk menyelesaikan masalah sosial (Muhamad & Adham, 2013). Justeru, tujuan
kertas kerja ini adalah untuk membincangkan perspektif keusahawanan sosial di Malaysia.
Kata kunci: Keusahawanan; keusahawanan sosial; sosial; Malaysia.
1. Pendahuluan
Keusahawanan sosial mempunyai perkaitan dengan usaha-usaha pembentukan, perubahan dan
pembangunan bagi mewujudkan nilai sosial dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan
dengannya. Berdasarkan Dees (2012), keusahawanan sosial menggabungkan semangat misi
sosial dengan imej perniagaan seperti disiplin, inovasi dan fokus. Keusahawanan sosial juga
menggunakan pendekatan keusahawanan untuk menentukan masalah sosial dan langkah
menanganinya yang memberikan nilai sosial kepada kedua-dua pihak. Keusahawanan sosial
adalah berbeza dengan keusahawanan melalui penciptaan nilai sosial. Keusahawanan sosial
menjadikan peranan mencipta nilai sosial sebagai faktor utama keusahawanan sosial (Kanter
& Summers, 1987). Manakala tujuan utama keusahawanan adalah penciptaan keuntungan
semata-mata.
2. Definisi Keusahawanan Sosial
Menurut Saari (2015), kebanyakkan masyarakat memahami bahawa ukuran kejayaan
usahawan adalah melalui keuntungannya dalam perniagaan. Keadaan ini berbeza dengan
usahawan sosial di mana kejayaannya bukan setakat diukur melalui keuntungan malah turut
diukur melalui manfaat yang dapat dikongsi bersama dengan masyarakat. Usahawan sosial
memberikan impak besar terhadap pembangunan ekonomi dalam sesebuah negara. Dimana
usahawan sosial memainkan peranan penting dalam mewujudkan idea baharu dan
bertanggungjawab untuk melakukan pembaharuan dan perkembangkan kepada perniagaan
sedia ada.
Keitsch, Sigurjonsson, Nilsen, & Spencer, (2013) membincangkan tentang
keusahawanan sosial di peringkat individu (usahawan sosial). Keitsch et al. (2013)
memfokuskan kepada persamaan antara ciri-ciri usahawan sosial dengan pereka sosial.
Keitsch et al. (2013) menyatakan bahawa ciri-ciri am usahawan sosial ialah sentiasa merebut
peluang yang ada, kedudukan yang tinggi dan berani mengambil risiko. Terdapat pelbagai
definisi lain yang telah dihuraikan berkenaan usahawan sosial dan keusahawanan sosial.
Secara konvensionalnya, menurut Kanter & Summers (1987), keusahawanan sosial
didefinisikan sebagai proses mengenal pasti peluang-peluang dalam menangani masalah
sosial, menyusun sumber-sumber sedia ada untuk mencapai objektif, seterusnya
mengekploitasi keperluan sumber-sumber bagi membentuk nilai sosial. Keusahawanan
konvensional dan keusahawanan sosial adalah berbeza dari segi matlamat. Matlamat utama
keusahawanan sosial ialah mencipta nilai sosial. Nilai komersil hanya menjadi instrumen
kepada usaha matlamat sosial. Nilai yang diciptakan oleh keusahawanan sosial tidak sama
dengan nilai biasa yang dicipta oleh keusahawanan biasa. Menurut Vasakaria (2008), nilai
yang diutamakan oleh keusahawanan sosial tidak boleh diukur berdasarkan nilai keuntungan
atau kepuasan pelanggan.
Menurut Bernardino, Santos, dan Ribeiro, (2015), keusahawanan sosial adalah salah
satu cara mengenalpasti masalah sosial berdasarkan pencarian penyelesaian yang inovatif bagi
masalah sosial yang kompleks. Manakala menurut Wiguna, Ananda, & Susilo, (2015),
keusahawanan sosial adalah proses penciptaan nilai yang berdasarkan perspektif ekonomi
sebagai aspek utama dan perspektif sosial sebagai aspek sokongan. Hal ini dapat dirumuskan
bahawa keusahawanan sosial adalah penyelesaikan masalah sosial secara berinovatif melalui
penciptaan nilai sosial. Walaupun keusahawanan sosial masih baharu, namun ia semakin
mendapat perhatian dalam kalangan sarjana (Wiguna et al., 2015). Golongan belia di Malaysia
juga turut menyedari tentang keusahawanan sosial (Razak, 2015). Di negara barat terdapat
badan yang mengelola program keusahawanan sosial untuk belia iaitu Social
Entrepreneurship of Unemployed Youth dan Youth for Exchange and Understanding
International (YEU). Kedua-dua organisasi ini aktif dalam menjaga kebajikan belia dan
menyediakan keperluan untuk menguatkan kapasiti mereka dalam menyokong keusahawanan
sosial. Keutamaan diberikan kepada golongan belia yang menganggur dan kurang bernasib
baik (YEU, 2013). Malaysia sepatutnya menjadikan program ini sebagai contoh bagi
mengembangkan lagi keusahawanan sosial di Malaysia.
3. Perspektif Keusahawanan Sosial di Malaysia
Konsep keusahawanan sosial merupakan konsep yang telah lama dibincangkan di negara
membangun. Di Malaysia perkara ini masih di peringkat awal perkembangannya (Jais &
Kassim, 2016). Keusahawanan sosial di Malaysia hanya tertumpu kepada sektor perniagaan
tidak formal ((Mokhtar, Abdullah & David, 2014) seperti program-program seperti Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) antara
contoh program yang berperanan sebagai keusahawanan sosial dan pembangunan sosial.
Menurut Alavi, Bakar dan Khor (2016) matlamat program ini seiring dengan program
transformasi kerajaan yang bermula pada tahun 2010 lagi dimana ia memfokuskan kepada
‘Menyentuh Rakyat’ melalui beberapa bidang keberhasilan utama negara (National Key
Result Area, NKRA).
Walaubagaimanapun, program-program tersebut akan dipinda untuk menghapuskan
elemen negatif seperti penetapan sewa yang telah merosakkan keberkesanan program
(Mokhtar et al., 2014). Selain itu, konsep keusahawanan sosial perlu berasaskan permasalahan
sosial dengan menggunakan kemampuan untuk melakukan perubahan sosial (Alavi et al.
2016). Berdasarkan Yunus (2010), keusahawanan sosial terbahagi kepada dua iaitu: syarikat
melabur dalam saham perniagaan dan keuntungan yang diperolehi digunakan untuk
menyelesaikan masalah sosial masyarakat dan memperkasakan komuniti dengan memberi
bantuan kewangan tanpa faedah dan meningkatkan kesejahteraan hidup dalam kalangan
masyarakat miskin contohnya ibu tunggal dalam program Phone Lady.
Tambahan lagi, di Malaysia, keusahawanan sosial juga melibatkan usaha
pembangunan kumpulan marginal, kanak-kanak, remaja, belia, kebajikan OKU, warga emas
dan pihak yang memerlukan sokongan dan bantuan. Menurut Ab-Wahid, Othman, Ahmad,
Samsudin & Rhouse (2016), tidak dinafikan juga keusahawanan sosial kini penting dalam
pendidikan di Malaysia. Keperluan melahirkan graduan yang mempunyai pemikiran, sikap
dan nilai keusahawanan sosial menuntut kepada transformasi secara bersepadu oleh
pengurusan di setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Penerapan kemahiran dan nilai
keusahawanan sosial melalui pembudayaan, kesedaran, dan pengukuhan dapat meningkatkan
lagi keberkesanan setiap program pembangunan keusahawanan sosial di IPT (Ab-Wahid et
al., 2016).
Sektor keusahawanan sosial di Malaysia sebahagian besarnya didorong oleh
masyarakat yang penuh bersemangat, dan juga sokongan daripada sektor awam dan swasta.
Walaupun usahawan sosial di Malaysia telah memberi impak besar kepada komuniti dan alam
sekitar, tetapi masih terdapat banyak halangan yang perlu ditempuhi oleh usahawan sosial
(Razak, 2015). Bagi mengatasi halangan tersebut, kerajaan Malaysia telah menubuhkan
MaGIC. MaGIC merupakan program yang menyelaras pembangunan keusahawanan sosial
dengan memupuk kerjasama antara sektor awam, swasta dan masyarakat melalui satu siri
perundingan dan perbincangan untuk memenuhi keperluan keusahawanan sosial di Malaysia.
Hal ini menunjukkan terdapat pengetahuan tentang keusahawanan sosial di Malaysia, namun
sektor ini belum berkembang seperti berkembangnya keusahawanan sosial di negara barat.
4. Penutup
Amalan keusahawanan sosial amat digalakkan dalam pelbagai bidang merangkumi aktiviti
pengurusan perniagaan, jual beli, zakat, infaq, dan sedekah seperti yang telah tercatat dalam
Al-Quran. Konsep penciptaan nilai, inovasi dan perubahan, peluang serta kepelbagaian
sumber merupakan asas untuk menerangkan keusahawanan sosial. Keusahawanan sosial
merupakan strategi perniagaan dan kesukarelawan yang masih kurang diamalkan oleh agensi
bukan kerajaan dan kerajaan di Malaysia. Pembangunan sosial mampu menyumbang kepada
pembangunan ekonomi negara bermula dari sistem perniagaan, pendidikan dan institusi
berkualiti dan berkesan. Tambahan lagi, keusahawanan sosial adalah suatu bidang yang amat
digalakkan oleh Islam untuk diceburi. Dalam Islam, usahawan sosial ini juga amat berkait
rapat dengan konsep muamalah kerana menjaga kepentingan ekonomi, alam sekitar, sosial,
politik dan pendidikan. Justeru, adalah wajar konsep keusahawanan sosial ini diteroka oleh
golongan belia bagi mewujudkan lebih ramai usahawan muda yang kreatif untuk tampil
meneroka bidang baharu bagi membantu masyarakat dan persekitaran. Kajian-kajian akan
datang digalakkan untuk mengakaji keusahawanan sosial secara khusus disetiap negeri di
Malaysia supaya hasil kajian lebih mendalam dapat dicapai.
6. Rujukan
Ab-Wahid, H., Othman, N., Ahmad, N. L., Samsudin, N., Rhouse, S. M. (2016). Ciri-ciri
Peribadi Khusus Usahawan Sosial dan Daya Tahan Pelajar IPT di Malaysia. Social
Entrepreneurship and Community Engagement: Transforming Societies. Institut Sosial
Malaysia.
Alavi, K., Bakar, Al-A., Mohamad, B., & Khor, S. Y. (2016). Anjakan Paradigma
Perkhidmatan Kesukarelawan ke Arah Keusahawanan Sosial. Social Entrepreneurship
and Community Engagement: Transforming Societies. Institut Sosial Malaysia.
Bernardino, S., Santos, J. F., & Ribeiro, J. C. (2015), Social Entrepreneurship: Does
Institutional Environment Make a Different? 55th Congress of the European Regional
Science Association: “World Renaissance: Changing roles for people and places, 25-
28.
Dees, J. G. (2012). ‘A Tale of Two Cultures: Charity, Problem Solving, and the Future of
Social Entrepreneurship’, Journal of Business Ethics, 111 (3), pp. 321-334.
Jais, A. W. & Kassim, F. (2016). Keusahawanan Sosial: Kajian Kes Persatuan Anak-Anak
Yatim dan Ibu Tunggal Kampung Medan, Selangor. Social Entrepreneurship and
Community Engagement: Transforming Societies. Institut Sosial Malaysia.
Kanter, R., & Summers, D. S. (1987). Doing good while doing well. Dilemmas of
performance measurement in nonprofit organisations and the need for a multiple
constituency approach. In W. W. Powell (Ed.), The Non-profit Sector: A Research
Handbook. New Haven, Connecticut: Yale University Press.
Keitsch M., Sigurjonsson J., Nilsen B.F. and Spencer E. (2013). Sustainable design and social
entrepreneurship a common path toward social innovation. Journal of US-China
Public Administration 10(6) 618 629.
Mokhtar, S. A., Abdullah, M. & David, T. Y. K. (2014). A Conceptual Framework for Social
Entrepreneurship in Malaysia. International Journal of Contemporary Business
Management 1(1): 52-62.
Muhamad, N. S. dan Adham, K. A. (2013). Social Entrepreneurship as Transformative
Service for Societal Well-Being. Jurnal Pengurusan, 39, 111-118.
Razak, N. (2015). Unleasing the power of social entrepreneurship. Malaysian social enterprise
blueprint. Dimuat naik pada 14 Ogos 2018.
Saari, N. H. (2015). Meneroka usahawan sosial. Utusan Malaysia. Diakses pada 16 Ogos
2018. www.utusan.com.my/rencana/utama/meneroka-usahawan-sosial-1.95409
Sarif, S. (2016). Social Entrepreneurship through an Islamic Institution: The Malaysian Zakat
Experience. Social Entrepreneurship and Community Engagement: Transforming
Societies. Institut Sosial Malaysia.
Vasakaria V (2008) A study on social entrepeneurship and the characteristics of social
entrepreneurs. ICFAI JournalofManagementResearch 7(4): 32-40.
Wiguna, A. B., Ananda, C. F., & Susilo (2015). Model of Social Entrepreneurship
and Socio-entrepreneurship: A Replica of Reality . Procedia-Social Behavioral
Sciences. (211) 2733
Yunus, M. (2010). Banker to the poor: Micro-lending and the battle against poverty (2nd ed.).
New York: Public Affairs.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
ResearchGate has not been able to resolve any references for this publication.