ArticlePDF Available

PENYIMPANAN DNA PESALAH KANAK-KANAK DI MALAYSIA: KESANNYA TERHADAP ASPEK HAK ASASI KANAK-KANAK (DNA Retention of Child Offenders in Malaysia: Implications on the Basic Rights of Children)

Authors:

Abstract

Sejarah penubuhan bank data Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) telah menunjukkan bahawa penggunaan keterangan DNA menjadi sangat penting di kebanyakan negara, termasuk Malaysia kerana telah banyak membantu proses keadilan jenayah, iaitu sebagai alat mencegah dan menyelesaikan kes jenayah. Makalah ini membincangkan isu berkaitan dengan penyimpanan DNA di dalam Bank Data DNA Forensik Malaysia dengan memfokuskan hak privasi, jenis kesalahan dan tempoh masa penyimpanan DNA pesalah kanak-kanak dalam konteks negara Malaysia. Hasil kajian mendapati penyimpanan DNA kanak-kanak tanpa had masa bertentangan dengan prinsip “Kepentingan Terbaik Kanak-kanak” dalam perkara 3 Konvensyen Hak Kanak-kanak atau Convention on the Rights of Child (CRC) kerana mencabuli hak asasi kanak-kanak. The use of DNA evidence has facilitated the criminal justice process, as a tool for the purpose of preventing and solving crimes. The history of the establishment of the DNA data bank has shown the use of DNA evidence to be very significant in most countries, including Malaysia. This article will discuss the issues relating to the retention of DNA in the Malaysian Forensic DNA data bank by focusing on the aspects of privacy rights, type of offence, and the time limit for storage of child offenders’ DNA in the context of Malaysian law. Apart from that, the study shows that the retention of child offenders’ DNA without a time limit is against the principle “in the best interest of the child” Article 3 of the Convention on the Rights of the Child (CRC), as it undermines the child’s basic rights.
100 KANUN [JAN 2017]
PENYIMPANAN DNA PESALAH KANAK-KANAK
DI MALAYSIA: KESANNYA TERHADAP
HAK ASASI KANAK-KANAK
(DNA Retention of Child Offenders in Malaysia: Implications on
the Basic Rights of Children)
Mohd. Munzil Muhamad
mohdmunzil@ukm.edu.my
Nurul Hidayat Ab. Rahman
nhidayat@ukm.edu.my
Fakulti Undang-undang,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abstrak
Sejarah penubuhan bank data Identikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA)
telah menunjukkan bahawa penggunaan keterangan DNA menjadi sangat
penting di kebanyakan negara, termasuk Malaysia kerana telah banyak
membantu proses keadilan jenayah, iaitu sebagai alat mencegah dan
menyelesaikan kes jenayah. Makalah ini membincangkan isu berkaitan
dengan penyimpanan DNA di dalam Bank Data DNA Forensik Malaysia
dengan memfokuskan hak privasi, jenis kesalahan dan tempoh masa
penyimpanan DNA pesalah kanak-kanak dalam konteks negara Malaysia.
Hasil kajian mendapati penyimpanan DNA kanak-kanak tanpa had masa
bertentangan dengan prinsip “Kepentingan Terbaik Kanak-kanak” dalam
Perkara 3 Konvensyen Hak Kanak-kanak atau Convention on the Rights
of Child (CRC) kerana mencabuli hak asasi kanak-kanak.
Kata kunci: Akta Identikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2009,
penyimpanan DNA, jenayah, privasi, kanak-kanak
Abstract
The use of DNA evidence has facilitated the criminal justice process, as a
tool for the purpose of preventing and solving crimes. The history of the
establishment of the DNA data bank has shown the use of DNA evidence
DNA 180117.indd 100 2/3/17 9:55 AM
26 KANUN (1)
101
Penyimpanan DNA Pesalah Kanak-kanak di Malaysia:
Kesannya terhadap Hak Asasi Kanak-kanak
Mohd. Munzil Muhamad dan Nurul Hidayat Ab. Rahman
to be very signicant in most countries, including Malaysia. This article
will discuss the issues relating to the retention of DNA in the Malaysian
Forensic DNA data bank by focusing on the aspects of privacy rights,
type of offence, and the time limit for storage of child offenders’ DNA
in the context of Malaysian law. Apart from that, the study shows that
the retention of child offenders’ DNA without a time limit is against the
principle “in the best interest of the child” Article 3 of the Convention
on the Rights of the Child (CRC), as it undermines the child’s basic rights.
Keywords: Deoxyribonucleic Acid (DNA) Identication Act of 2009, DNA
retention, crime, privacy, child
PENDAHULUAN
Perkembangan penggunaan keterangan DNA yang bermula kira-kira
tiga dekad lalu telah mencetuskan suatu revolusi terhadap proses
keadilan jenayah.Terdapat beberapa sebab mengapa keterangan
DNA dianggap sedemikian. Pertamanya, teknik dan teknologi
yang digunakan untuk menganalisis DNA telah diiktiraf oleh ahli
sains sebagai teknik yang paling dipercayai dalam sains forensik
sehingga diberikan gelaran sebagai “gold standard”.1 Keduanya,
disebabkan keupayaan dan kepelbagaian penggunaannya yang
boleh digunakan dalam proses keadilan jenayah. Keterangan DNA
bukan sahaja boleh digunakan oleh pihak pendakwa bagi tujuan
untuk mensabitkan tertuduh di mahkamah, malah keterangan DNA
juga boleh digunakanoleh peguambela orang yang kena tuduh untuk
menimbulkan keraguan yang munasabah dan melepaskan individu
yang telah disabitkan akibat kesilapan mahkamah.2
Selain itu, penggunaan bukti, khususnya melalui penggunaan
bank data DNA mampu menjadi alat pencegah jenayah3 dan untuk
1 Michael Lynch, “God’s Signature: DNA Proling, The New Gold Standard in
Forensic Science” dlm. Endeavour 27:2, hlm. 96, 2003.
2 Ron C., Michaelis, Robert G. Flanders, Jr. dan Paula H. Wulff, 2008. A Litiga-
tors Guide to DNA: From the Laboratory to the Courtroom. Burlington, Mas-
sachusetts: Academic Press.
3 Jennifer L., Doleac, 2011. “The Effects of DNA Databases on Crime”. Stanford
Institute for Economic Policy Research. Kertas kerja No. 12-002. Stanford
University, November 2011.
DNA 180117.indd 101 2/3/17 9:55 AM
102 KANUN [JAN 2017]
menyelesaikan kes yang gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa
akibat ketiadaan bukti yang kukuh untuk mengesan suspek
yang bertanggungjawab melakukan jenayah tersebut.4 Walau
bagaimanapun, makalah ini hanya membincangkan isu berkaitan
dengan penyimpanan DNA di dalam Bank Data DNA dan Forensik
Malaysia dengan memfokuskan penyimpanan DNA pesalah kanak-
kanak dalam konteks negara Malaysia.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENUBUHAN BANK
DATA DNA
Sebelum kewujudan undang-undang yang membolehkan pihak
berkuasa mengumpul dan menyimpan DNA individu, sampel DNA
hanya dikutip apabila berlakunya sesuatu kes jenayah. Sekiranya
tiada suspek dalam sesuatu kes yang disiasat, tetapi pihak berkuasa
menemui bukti di tempat kejadian yang boleh mengaitkan pelaku
jenayah tersebut, pihak berkuasa biasanya akan meminta orang awam
untuk tampil menyerahkan sampel DNA mereka untuk dianalisis.5
Walaupun kaedah ini telah terbukti berkesan untuk menyelesaikan
kes jenayah, namun kaedah ini tidak efektif kerana bergantung pada
kerjasama yang diberikan oleh orang awam kerana pihak berkuasa
tidak boleh memaksa seseorang untuk menyerahkan sampel DNA
tanpa mendapat persetujuan individu tersebut terlebih dahulu.
Bertitik tolak daripada permasalahan tersebut, pihak berkuasa
memerlukan suatu undang-undang yang jelas yang bukan sahaja
memberikan kuasa kepada mereka untuk memaksa seseorang
menyerahkan sampel DNA, malah menyimpan maklumat yang
diperoleh hasil daripada analisis DNA yang dibuat terhadap
sampel tersebut. United Kingdom merupakan negara pertama yang
mempunyai undang-undang sedemikian, dan juga merupakan negara
pertama yang telah menubuhkan bank data DNA, iaitu pada tahun
4 Andrei Semikhodskii, 2007. Dealing with DNA Evidence: A Legal Guide.
Abingdon, United Kingdom: Routledge-Cavendish.
5 Heldon Krimsky dan Tania Simoncelli, 2011. Genetic Justice: DNA Data Banks,
Criminal. Investigations and Civil Liberties. New York: Columbia University
Press.
DNA 180117.indd 102 2/3/17 9:55 AM
26 KANUN (1)
103
Penyimpanan DNA Pesalah Kanak-kanak di Malaysia:
Kesannya terhadap Hak Asasi Kanak-kanak
Mohd. Munzil Muhamad dan Nurul Hidayat Ab. Rahman
1995, iaitu United Kingdom’s National DNA Database atau dikenali
sebagai NDNAD.6 Sehingga tahun 2011 terdapat kira-kira 56 negara
yang telah menubuhkan bank data DNA, dan jumlah ini dijangka akan
terus meningkat kerana banyak negara sedang dalam perancangan
untuk mewujudkan bank data DNA di negara masing-masing.7
Skop Penyimpanan Bank Data DNA
Pada awal penubuhan bank data DNA, skop penyimpanannya
tertumpu pada penyimpanan prol DNA pesalah yang melakukan
kesalahan jenayah yang dianggap serius atau berat sahaja. Sebagai
contoh, semasa National DNA Index System diwujudkan di
A m e ri ka Sy a r i k at pa d a t a hu n 19 98 , b a n k d at a n y a h a ny a m e n y i m p an
sampel dan prol DNA pesalah yang melakukan jenayah feloni
atau jenayah feloni seksual sahaja.
Pada masa ini, skop penyimpanan bank data DNA semakin
diperluas di kebanyakan negara sehingga turut meliputi
penyimpanan sampel dan prol DNA suspek jenayah yang belum
disabitkan oleh mahkamah. Selain itu, kebanyakan negara seperti
England, Wales, Australia, New Zealand dan Canada juga turut
menyimpan sampel dan prol DNA pesalah kanak-kanak. Namun,
negara tersebut telah menetapkan undang-undang bahawa sampel
dan prol DNA pesalah kanak-kanak hanya boleh diambil dan
disimpan bagi kesalahan tertentu sahaja.8 Dengan kata lain,
sampel dan prol DNA tidak diambil daripada semua pesalah
kanak-kanak.
6 Parliamentary Ofce of Science and Technology, 2006. “The National DNA
Database”. United Kingdom: Parliament of the United Kingdom.
7 Andrew D., Thibedeau, 2011. National Forensic DNA Databases-Council for
Responsible Genetics. Cambridge, Massachusetts.
8 Liz Campbell dan Nessa Lynch, “Competing Paradigms the Use of DNA
Powers in Youth Justice” dlm. Youth Justice 12:1, hlm. 3-18, 2012.
DNA 180117.indd 103 2/3/17 9:55 AM
104 KANUN [JAN 2017]
BANK DATA DNA FORENSIK MALAYSIA
Sejarah Penubuhan
Sebelum tahun 2012, tiada sebarang peruntukan undang-undang
di Malaysia yang memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk
mengambil sampel badan atau sampel DNA daripada seseorang.
Langkah ini hanya bermula sekitar awal tahun 2000 apabila
pihak kerajaan telah menubuhkan beberapa jawatankuasa yang
melibatkan beberapa agensi kerajaan untuk mengkaji penggubalan
akta sedemikian.9 Pada bulan April 2001, Kabinet telah membuat
keputusan untuk menyediakan satu rang undang-undang untuk
dibawa ke parlimen, namun draf awal rang undang-undang tersebut
hanya dihantar ke Pejabat Peguam Negara Malaysia pada tahun
2005.
Rang undang-undang Identikasi Asid Deoksiribonukleik
(DNA) 2008 telah dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan
kali pertama pada 18 Ogos 2008.10 Rang undang-undang ini telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 23 Jun 2009 dan secara rasmi
dikenali sebagai Akta Identikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA)
2009 (Akta 699).11 Penggubalan Akta 699 ini juga telah secara
rasminya turut mewujudkan Bank Data DNA Forensik Malaysia.
Peruntukan Bahagian II akta ini telah memperincikan penubuhan
bank data DNA, termasuk menerangkan objektif penubuhannya dan
fungsinya. Walau bagaimanapun, akta ini hanya mula berkuat kuasa
pada 1 September 2012 dan tarikh tersebut merupakan tarikh rasmi
penubuhan bank data DNA di Malaysia.
9 Malaysia. Perbahasan Dewan Rakyat, Bacaan Kedua dan Ketiga, 28 Ogos
2008, hlm. 72 dan 86 (Dato’ Seri Syed Hamid Albar).
10 Malaysia. Perbahasan Dewan Rakyat, Bacaan Pertama, 18 Ogos 2008, hlm.
26 (Dato’ Seri Syed Hamid Albar).
11 Malaysia. Perbahasan Dewan Rakyat, Jawatankuasa, 23 Jun 2009, hlm. 89
(Datuk Ronald Kiandee).
DNA 180117.indd 104 2/3/17 9:55 AM
26 KANUN (1)
105
Penyimpanan DNA Pesalah Kanak-kanak di Malaysia:
Kesannya terhadap Hak Asasi Kanak-kanak
Mohd. Munzil Muhamad dan Nurul Hidayat Ab. Rahman
Skop Penyimpanan DNA
Skop penyimpanan Bank Data DNA Forensik Malaysia boleh
dilihat melalui peruntukan seksyen 3 (3) Akta 699. Bank data DNA
ini menyimpan prol DNA yang terdiri daripada beberapa indeks,
iaitu (1) Indeks Tempat Kejadian Jenayah; (2) Indeks Orang yang
Disyaki; (3) Indeks Pesalah yang Disabitkan; (4) Indeks Orang
Tahanan; (5) Indeks Penagih; (6) Indeks Orang yang Hilang; dan (7)
Indeks Sukarela.
Jika dilihat kepada senarai indeks yang disimpan di dalam Bank
Data DNA Forensik Malaysia, tiada sebarang peruntukan yang jelas
menunjukkan bahawa bank data ini turut menyimpan prol DNA
kanak-kanak. Walau bagaimanapun, jika merujuk penyata rasmi di
Dewan Rakyat semasa rang undang-undang ini dibahaskan pada
bacaan kali kedua, jelas menunjukkan bahawa pihak legislatif
turut berhasrat untuk menyimpan prol DNA kanak-kanak. Hasrat
ini dizahirkan melalui ucapan perbahasan Menteri Dalam Negeri
yang telah menyatakan bahawa bank data DNA tersebut akan turut
menyimpan prol DNA yang diambil daripada pesalah juvana.12
DEFINISI PESALAH KANAK-KANAK MENURUT
PERUNDANGAN MALAYSIA
Menurut denisi yang dinyatakan dalam seksyen 2 Akta Kanak-
kanak 2001 (Akta 611), seorang kanak-kanak merujuk individu
yang berumur di bawah 18 tahun, dan dalam konteks prosiding
jenayah merujuk individu yang telah mencapai tahap umur
kebertanggungjawaban jenayah seperti yang dinyatakan di bawah
seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574). Menurut peruntukan
seksyen 82 Kanun Keseksaan, tahap umur kebertanggungjawaban
jenayah adalah pada umur 10 tahun ke atas, dan perbuatan jenayah
seseorang kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun tidak akan
menjadi kesalahan.
12 Malaysia. Perbahasan Dewan Rakyat, Bacaan Kedua dan Ketiga, 28 Ogos
2008, hlm. 72 dan 86 (Dato’ Seri Syed Hamid Albar).
DNA 180117.indd 105 2/3/17 9:55 AM
106 KANUN [JAN 2017]
Seseorang kanak-kanak yang didakwa di bawah sebarang
kesalahan jenayah, kecuali jenayah yang membawa hukuman
mati, pendakwaan dan perbicaraan kes tersebut perlu dijalankan
di Mahkamah Kanak-kanak seperti yang dijelaskan oleh seksyen
11 (5) Akta 611. Seksyen 83 (4) akta yang sama juga menyatakan
bahawa kanak-kanak yang dituduh bersama-sama seorang
dewasa akan didengar di mahkamah, selain Mahkamah Kanak-
kanak. Namun, mahkamah tersebut hendaklah mengambil kira
kuasa yang dibenarkan menurut Akta 611 dan laporan akhlak
kanak-kanak tersebut. Sekiranya pertuduhan terhadap kanak-
kanak itu dijalankan selepas umurnya 18 tahun, mahkamah
akan menjalankan kuasa yang tertera dalam seksyen 82, Akta
611 sahaja, iaitu ditahan di Sekolah Henry Gurney, diberikan
amaran sebelum dilepaskan, menyempurnakan bon berkelakuan
baik, diletakkan di bawah pemeliharaan saudara atau orang yang
sesuai, membayar kos, pampasan atau denda dan jika lelaki
disebat dengan rotan yang ringan tidak melebihi 10 kali menurut
syarat dalam seksyen 91 (1)g Akta 611. Mahkamah juga boleh
memenjarakan pesalah kanak-kanak mengikut tempoh yang
dijatuhkan oleh mahkamah seksyen sekiranya hukuman bagi
kesalahan tersebut ialah penjara.
ISU BERKAITAN DENGAN PENYIMPANAN DNA
PESALAH KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Penubuhan Bank Data DNA Forensik Malaysia merupakan suatu
perkembangan yang baik kepada sistem keadilan jenayah di
Malaysia kerana dapat meningkatkan keupayaan pihak berkuasa
untuk membanteras dan menyelesaikan kes jenayah yang semakin
berleluasa pada masa ini. Pengambilan dan penyimpanan DNA
ini selaras dengan artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan yang
menyatakan bahawa kebebasan diri seseorang hanya boleh
dilucutkan mengikut undang-undang. Namun, terdapat beberapa isu
yang berbangkit, kesan penyimpanan prol DNA kanak-kanak di
dalam bank data tersebut yang diputuskan oleh pihak legislatif yang
menggubal undang-undang tersebut.
DNA 180117.indd 106 2/3/17 9:55 AM
26 KANUN (1)
107
Penyimpanan DNA Pesalah Kanak-kanak di Malaysia:
Kesannya terhadap Hak Asasi Kanak-kanak
Mohd. Munzil Muhamad dan Nurul Hidayat Ab. Rahman
Hak Privasi
Salah satu isu besar yang menjadi perdebatan tentang kewujudan
bank data DNA ialah kesannya kepada hak privasi individu.
Keterangan DNA merupakan bahan yang diperoleh dalam
badan manusia yang menentukan baka dan keturunan bagi setiap
individu.13 Sebagai contoh, prol DNA seseorang yang diwarisi
daripada ibu bapanya (separuh daripada bapa, manakala separuh
lagi daripada ibu). Kajian juga menunjukkan bahawa sebahagian
besar prol DNA adik-beradik hampir sama, manakala prol DNA
saudara-mara yang lain seperti bapa saudara, sepupu, datuk dan
nenek biasanya 25 peratus sama antara satu dengan yang lain.14 Oleh
itu, sekiranya DNA seseorang kanak-kanak disimpan di dalam bank
data DNA, maklumat genetik keseluruhan susur galur keluarganya
juga dapat dikenal pasti. Tambahan pula, terdapat kajian yang
menunjukkan bahawa maklumat daripada prol DNA yang biasanya
digunakan dalam siasatan kes jenayah juga berkait rapat dan mampu
mendedahkan maklumat kesihatan seseorang seperti kecenderungan
untuk mendapat penyakit kencing manis, dan sebagainya.15 Dari
sudut etika dan perundangan dalam bidang perubatan, maklumat
sensitif seperti ini biasanya tidak boleh didedahkan melainkan
dengan persetujuan individu terbabit.
Jenis kesalahan yang Menyebabkan Penyimpanan DNA Pesalah
Kanak-Kanak
Peruntukan seksyen 3(3) (c) Akta 699 menjelaskan bahawa:
13 Mohd. Munzil Muhamad, 2016. “Mengapakah Analisa DNA Amat Berguna
dalam Sistem Perundangan?”. https://asklegal.my/p/mengapakah-analisa-dna-
amat-berguna-di-dalam-sistem-perundangan (Capaian pada 12 Januari 2016).
14 Candice Roman-Santos, “Concerns Associated with Expanding DNA Data-
bases” dlm. Hastings Science and Technology Law Journal 2:2, hlm. 290-91,
2010.
15 Robin Williams, Paul Johnson dan Paul Martin, 2004. “Genetic Information
and Crime Investigation: Social, Ethical and Public Policy Aspects of the
Establishment, Expansion and Police Use of the National DNA Database”.
School of Applied Social Sciences, University of Durham.
DNA 180117.indd 107 2/3/17 9:55 AM
108 KANUN [JAN 2017]
(3) Bank Data DNA hendaklah terdiri daripada indeks yang
berikut:
(c) indeks pesalah yang disabitkan yang hendaklah mengandungi
prol DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang
diperoleh daripada sampel intim atau sampel bukan intim yang
diambil daripada orang yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan
di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
Manakala seksyen 2 Akta yang sama menjelaskan bahawa:
“kesalahan” ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang
boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang
sedang berkuat kuasa.
Jika diteliti kedua-dua peruntukan tersebut, skop kesalahan yang
boleh menyebabkan DNA kanak-kanak disimpan di dalam Bank Data
DNA Forensik Malaysia terlalu luas, iaitu “apa-apa kesalahan di bawah
mana-mana undang-undang bertulis …”. Oleh itu, secara teorinya,
DNA kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah ringan dan
tidak terlalu serius juga turut disimpan di dalam bank data tersebut.
Skop kesalahan ini terlalu luas jika dibandingkan dengan negara lain.
Sebagai contoh, bank data DNA di New Zealand hanya menyimpan
DNA pesalah kanak-kanak yang telah melakukan kesalahan yang
boleh dijatuhi hukuman penjara atau mana-mana kesalahan lain yang
disenaraikan di bawah bahagian 3, jadual yang terkandung dalam
Criminal Investigations (Bodily Samples) Act 1995. Di Australia pula,
penyimpanan DNA kanak-kanak yang disimpan hanya melibatkan
mereka yang telah melakukan kesalahan serius yang boleh dijatuhi
hukuman maksimum penjara seumur hidup, atau lima tahun atau lebih.16
Tempoh Masa Penyimpanan DNA Pesalah Kanak-kanak
Mengikut amalan biasa di negara lain, DNA bagi pesalah dewasa
yang telah disabitkan oleh mahkamah akan disimpan di dalam
16 Seksyen 23A, Crimes Act 1914 (Commonwealth of Australia).
DNA 180117.indd 108 2/3/17 9:55 AM
26 KANUN (1)
109
Penyimpanan DNA Pesalah Kanak-kanak di Malaysia:
Kesannya terhadap Hak Asasi Kanak-kanak
Mohd. Munzil Muhamad dan Nurul Hidayat Ab. Rahman
bank data DNA untuk selama-lamanya.17 Penyimpanan DNA
mereka untuk selama-lamanya tidak dianggap sebagai suatu
pelanggaran hak asasi, khususnya hak privasi kerana pesalah yang
telah disabitkan oleh mahkamah dianggap telah hilang hak untuk
menikmati hak tersebut.18 Walau bagaimanapun, terdapat sedikit
perbezaan amalannya apabila melibatkan penyimpanan DNA
pesalah kanak-kanak. Kebiasaannya, tempoh masa penyimpanan
DNA kanak-kanak di negara lain bergantung pada beberapa faktor
seperti jenis kesalahan yang dilakukan, hukuman yang dikenakan
oleh mahkamah dan pesalah yang sama.
Sebagai contoh, di England dan Wales, DNA pesalah kanak-
kanak hanya akan disimpan selama-lamanya sekiranya seorang
kanak-kanak itu berumur di bawah 18 tahun, melakukan kesalahan
yang tergolong di bawah “qualifying offence” yang merujuk
kesalahan berat atau serius, atau dihukum penjara selama lima tahun
ke atas atau melakukan kesalahan kecil buat kali kedua. Sekiranya
kanak-kanak tersebut dihukum penjara kurang daripada lima tahun,
DNA mereka akan disimpan sepanjang tempoh hukuman dijalankan
dan ditambah dengan lima tahun lagi selepas hukuman berakhir.
Sekiranya pesalah kanak-kanak itu tidak dijatuhi hukuman penjara,
DNA mereka akan disimpan selama lima tahun dari tarikh sampel
DNA mereka diambil.19
Jika merujuk Akta 699, tiada peruntukan yang menjelaskan
tempoh masa penyimpinan DNA sama ada bagi pesalah dewasa
atau pesalah kanak-kanak. Oleh itu, timbul persoalan sama ada
pihak kerajaan berhasrat untuk menyimpan DNA mereka selama-
selamanya ataupun tidak. Bagi pesalah dewasa, penyimpanan
DNA mereka untuk selama-selamanya tidak menjadi isu kerana
tindakan tersebut telah menjadi amalan biasa di negara lain. Namun,
17 t.n., 2013. “Protection of Freedoms Act 2012: How DNA and Fingerprint
Evidence is Protected in Law”. Kertas polisi. OV.UK <www.gov.uk> (Capaian
pada 4 April 2013).
18 Tania Simoncelli, “Dangerous Excursions: The Case Against Expanding Fo-
rensic DNA Databases to Innocent Persons” dlm. Journal of Law, Medicine
and Ethics 34:2, hlm. 391, 2006.
19 Seksyen 5 dan seksyen 7 Protection of Freedoms Act 2012 (United Kingdom).
DNA 180117.indd 109 2/3/17 9:55 AM
110 KANUN [JAN 2017]
pesalah kanak-kanak sepatutnya tidak boleh dilayan sama seperti
pesalah dewasa kerana tidak menepati piawaian antarabangsa untuk
menyimpan DNA mereka selama-lamanya bagi semua bentuk
kesalahan yang dilakukan. Sepatutnya, semasa penggubalan Akta
699, perkara ini haruslah diambil kira oleh pasukan penggubal yang
terdiri daripada ahli parlimen, senat dan juga mereka yang arif dan
pakar dalam perihal kanak-kanak. Malangnya, isu yang sepenting
ini telah terlepas pandang oleh semua pihak.
IMPLIKASI KELOMPANGAN AKTA 699 DARI SUDUT
PERUNDANGAN ANTARABANGSA
Hak asasi kanak-kanak sejagat telah diperuntukkan dalam beberapa
triti atau instrumen antarabangsa. Antaranya termasuklah hak kanak-
kanak dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak atau lebih dikenali
sebagai Convention on the Rights of Child (CRC) pada peringkat
antarabangsa. Konvensyen ini telah diterima pakai oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu mulai 20 November 1989. Malaysia
merupakan salah sebuah negara yang telah mengesahkan konvensyen
ini pada Februari 1995. Malaysia telah menerima pakai kesemua
perkara dalam konvensyen ini, kecuali perkara 2, 7, 14, 28(1)(a) dan
37 yang bertentangan dengan undang-undang, polisi, agama dan juga
amalan masyarakat di negara ini. 20 Secara amnya, CRC memainkan
peranan usaha memperuntukkan prinsip bagi menjaga dan melindungi
hak kanak-kanak sejagat dari segi undang-undang sebelum dan
juga selepas lahir. Merujuk mukadimah konvensyen ini, antara hak
utama yang dilindungi oleh CRC termasuklah hak untuk hidup, hak
memperoleh perlindungan, hak berkembang dan juga hak penyertaan.
Hak kanak-kanak berkait rapat dengan umur mereka seperti yang
banyak digariskan oleh undang-undang antarabangsa. Konvensyen
ini mendenisikan “kanak-kanak” dalam perkara 1 sebagai seseorang
yang berumur 18 tahun ke bawah dan tertakluk pada undang-undang
20 Portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2013. Konvensyen mengenai Hak
Kanak-kanak. http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=konvensyen_
mengenai_hak_kanak-kanak&lang=bm (Capaian pada 5 Mei 2016).
DNA 180117.indd 110 2/3/17 9:55 AM
26 KANUN (1)
111
Penyimpanan DNA Pesalah Kanak-kanak di Malaysia:
Kesannya terhadap Hak Asasi Kanak-kanak
Mohd. Munzil Muhamad dan Nurul Hidayat Ab. Rahman
tertentu yang mengiktiraf umur dewasanya sebelum itu. Kenyataan
ini selari dengan denisi kanak-kanak di Malaysia yang ditakrifkan
di bawah seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001.
Isu penyimpanan DNA secara kekal dalam apa-apa jua jenis
kesalahan jenayah yang dilakukan oleh kanak-kanak dianggap tidak
sesuai dan tidak relevan kerana pesalah dewasa dan kanak-kanak
dibezakan berdasarkan komponen umur. Kedua-dua kategori pesalah
ini dibandingkan dengan jelas dalam peruntukan Kanun Keseksaan di
Malaysia.21 Selain itu, statut yang ada di Malaysia seperti Akta Kanak-
ka n ak 2001 d an Ak ta Kont rak 1950 juga me n g asing kan ind iv id u de w a sa
dan kanak-kanak dengan mengambil kira faktor kematangan usia,
serta kebolehan berkir dan membuat keputusan. Selain itu, terdapat
perbezaan dalam prosedur dan keterangan di mahkamah, terma yang
digunakan dan juga bentuk hukuman kepada pesalah kanak-kanak di
bawah Akta Kanak-kanak dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak
2007. Kesemua aspek perundangan yang melibatkan kanak-kanak
akan dijalankan menggunakan kaedah tersendiri yang ternyata berbeza
daripada pesalah dewasa. Oleh sebab itu, perkara yang berkaitan dengan
penyimpanan DNA pesalah dewasa dan kanak-kanak wajar dibezakan
perinciannya supaya seimbang.
Walaupun CRC tidak menyebut tentang penyimpanan DNA kanak-
kanak secara langsung, namun tumpuan mestilah diberikan kepada
prinsip “Kepentingan Terbaik Kanak-kanak” yang dinyatakan dalam
perkara 3 CRC. Berdasarkan peruntukan ini, semua institusi awam dan
swasta, termasuk badan perundangan hendaklah dalam menjalankan
apa-apa tindakan menjadikan “Kepentingan Terbaik Kanak-kanak”
itu sebagai pertimbangan utama. Selanjutnya, menurut perkara 4
CRC, Malaysia sebagai negara parti konvensyen ini juga tertakluk
pada tanggungjawab untuk melakukan segala yang termampu bagi
melaksanakan hak yang terkandung dalam konvensyen ini.
CRC tidak memberikan sebarang denisi yang tepat tentang
maksud prinsip ini tetapi hanya menyatakan bahawa prinsip ini
merupakan faktor penentu yang mesti dilaksanakan secara konsisten
21 Anita Abdul Rahim, 2012. Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
DNA 180117.indd 111 2/3/17 9:55 AM
112 KANUN [JAN 2017]
dan bersepadu dalam setiap tindakan yang diambil. Oleh sebab itu,
prinsip ini ditafsirkan secara meluas merangkumi pelbagai aspek
seperti undang-undang, dasar, pentadbiran dan keputusan kehakiman
bagi memberikan kesejahteraan yang maksimum dan optimum hidup
kanak-kanak. Prinsip ini secara umumnya memerlukan sesuatu
keputusan yang berkaitan dengan hak kanak-kanak yang mengambil
kira perlindungan kanak-kanak dari segi zikal, mental, sosial dan
moral.
Dalam usaha menyempurnakan komitmen terhadap CRC,
Malaysia telah mewujudkan Dasar Kanak-kanak Negara22 dan Dasar
Perlindungan Kanak-kanak Negara.23 Dasar Kanak-kanak Negara
merupakan satu dasar yang melindungi hak kelangsungan hidup,
perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak supaya
mereka dapat menikmati peluang dan juga ruang persekitaran
yang kondusif untuk mencapai perkembangan yang holistik. Dasar
Perlindungan Kanak-kanak Negara pula merupakan satu dasar
yang meliputi prinsip perlindungan kanak-kanak yang selaras
dengan kandungan CRC dan Akta Kanak-kanak 2001. Antara
lain, dasar ini memberikan tumpuan pada pelbagai aspek seperti
advokasi, pencegahan, khidmat sokongan, serta penyelidikan dan
pembangunan bagi melindungi kanak-kanak. Kedua-dua dasar
ini menekankan agar sesuatu tindakan dan keputusan hendaklah
mengutamakan prinsip “Kepentingan Terbaik Kanak-kanak”.
Dalam konteks menjatuhkan hukuman terhadap kanak-kanak,
pelbagai faktor mestilah diambil kira dan antaranya termasuklah
kematangan pesalah kanak-kanak.24 Meskipun, isu penyimpanan
DNA kanak-kanak bukan suatu bentuk hukuman, tetapi secara
tidak langsung memberikan kesan yang sangat besar kepada pesalah
22 Portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2013. Dasar Kanak-kanak Negara.
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?id=VEliZUhrbWc2VC9wM3hEVWx
TWVVFdz09&r=portal/left (Capaian pada 8 November 2016).
23 Portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2013. Dasar Perlindungan Kanak-
kanak Negara. http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=TlFw
UVczN0RLQ3VlRDFqRTFmVENuZz09 (Capaian pada 8 November 2016).
24 Hoge, Robert D., 2001. The Juvenile Offender, Theory, Research and Applica-
tions. United States of America: Kluwer Academic Publishers.
DNA 180117.indd 112 2/3/17 9:55 AM
26 KANUN (1)
113
Penyimpanan DNA Pesalah Kanak-kanak di Malaysia:
Kesannya terhadap Hak Asasi Kanak-kanak
Mohd. Munzil Muhamad dan Nurul Hidayat Ab. Rahman
kanak-kanak kerana terpaksa menanggung akibatnya seumur hidup.
Tambahan pula, penyimpanan DNA kanak-kanak tanpa had masa
dan tanpa mengira jenis kesalahan bertentangan dengan prinsip
“Kepentingan Terbaik Kanak-Kanak” dalam perkara 3 CRC.
Penyimpanan DNA mereka tanpa had masa seolah-olah sebagai
suatu bentuk pembalasan yang dikhuatiri menghalang pesalah kanak-
kanak untuk kembali kepada masyarakat. Keadaan ini bukan sahaja
merencatkan usaha dan keyakinan mereka, malahan mengganggu
emosi kanak-kanak tersebut. Kehidupan mereka akan sentiasa
dibayangi oleh kesalahan lampau kerana rekod genetiknya disimpan
rapi. Penyimpanan DNA pesalah kanak-kanak untuk tempoh selama-
lamanya boleh dibaratkan sebagai suatu label atau ancaman sehingga
perlu diletakkan dibawah “radar kawalan” pihak berkuasa.
Sebagai masyarakat Malaysia yang prihatin dan komited untuk
melindungi kanak-kanak, pihak kerajaan hendaklah memandang lebih
jauh ke hadapan dan memikirkan soal masa hadapan mereka tanpa
dibelenggu oleh rekod kesalahan lampau seperti yang diuar-uarkan dalam
triti antarabangsa dan juga undang-undang negara, iaitu memelihara hak
perlindungan dan perkembangan kanak-kanak. Walaupun kanak-kanak
ini pernah tersalah membuat pertimbangan dan keputusan, sehingga
melakukan jenayah, undang-undang yang dikuatkuasakan seharusnya
memberikan ruang kepada mereka untuk berubah dan meneruskan
kehidupan dengan cara menghapuskan kesalahan mereka dalam mana-
mana pangkalan data sesuai dengan tuntutan CRC.
Selain itu, Malaysia sebagai salah sebuah negara parti mestilah
mengiktiraf hak sedia ada kanak-kanak untuk hidup dan menyediakan
medium terbaik untuk perkembangan kanak-kanak dari segi material
dan sprir itual bagi meneruskan kelangsungan hidup yang semaksimum
mungkin atau hak dalam kehidupan seperti yang dinyatakan dalam
Perkara 6 CRC. Bagi mendapatkan keselesaan hidup, konvensyen ini
turut menjaga hak kanak-kanak yang perlu dilayan tanpa diskriminasi,
hak sosioekonomi, hak terhadap pendidikan, serta perlindungan
daripada eksploitasi, pengabaian dan kekejaman.25
25 Anita Abdul Rahim, 2012. Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Ma-
laysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
DNA 180117.indd 113 2/3/17 9:55 AM
114 KANUN [JAN 2017]
KESIMPULAN
Kanak-kanak mempunyai kematangan akal dan kemahiran berkir
secara rasional yang berbeza daripada pesalah dewasa. Mereka tidak
berupaya membuat keputusan yang munasabah, serta menimbangkan
pelbagai faktor, kesan dan juga tekanan. Berkemungkinan besar
faktor sekeliling mendesak kanak-kanak tersebut melakukan
jenayah dan terpaksa menanggung risikonya seumur hidup.26
Oleh itu, kajian mendapati penyimpanan DNA kanak-kanak tanpa
had masa dan tidak membezakan antara kesalahan berat dengan
kesalahan ringan akan membantutkan perkembangan kanak-kanak
tersebut dari pelbagai aspek kerana lumpuhnya aspek spiritual akibat
tekanan yang dialami. Penyimpanan DNA pesalah kanak-kanak
tanpa pencerakinan aspek penting seperti tempoh masa dan jenis
kesalahan menunjukkan kegagalan penggubalan undang-undang
yang baik dan mampu melindungi kepentingan kanak-kanak.
Secara keseluruhannya, penggunaan keterangan DNA sangat
berguna pada masa ini kerana dapat membantu proses keadilan
jenayah dilaksanakan dengan lebih cepat dan tepat. Namun,
penyimpanan DNA pesalah kanak-kanak di dalam bank data
DNA hendaklah mengambil kira kepentingan kanak-kanak kerana
penyimpanannya akan meninggalkan kesan yang mendalam dan
membelenggu kehidupan kanak-kanak tersebut seumur hidup,
serta menyentuh isu hak individu. Oleh sebab itu, pihak berkuasa
hendaklah lebih peka dan mengambil kira kepentingan pemilik DNA
dalam usaha mewujudkan polisi dan garis panduan demi memastikan
hak kanak-kanak tersebut terpelihara dan tidak diabaikan. Proses
keadilan jenayah yang sedia ada mestilah diseimbangkan dengan
hak pemilik DNA, terutamanya apabila melibatkan pesalah kanak-
kanak.
Seperti yang diperuntukkan dalam Konvensyen Hak Kanak-
kanak, penyimpanan DNA pesalah kanak-kanak mestilah dipelihara
kepentingannya dan diberikan layanan yang berbeza daripada
26 Samuri, Mohd. al-Adib dan Noor Aziah Mohd. Awal, “Hukuman terhadap
Pesalah Kanak-kanak di Malaysia: Pencegahan atau Pemulihan?” dlm. Jurnal
Undang-undang13, hlm. 35-54, 2009.
DNA 180117.indd 114 2/3/17 9:55 AM
26 KANUN (1)
115
Penyimpanan DNA Pesalah Kanak-kanak di Malaysia:
Kesannya terhadap Hak Asasi Kanak-kanak
Mohd. Munzil Muhamad dan Nurul Hidayat Ab. Rahman
pesalah dewasa. Sekiranya Akta Identikasi Asid Deoksiribonukleik
(DNA) 2009 (Akta 699) yang digubal oleh Kerajaan Malaysia tidak
membezakan penyimpanan DNA pesalah kanak-kanak dengan
DNA pesalah dewasa, tindakan tersebut boleh dianggap sebagai
suatu bentuk “pelanggaran” hak asasi kanak-kanak di bawah CRC.
Kajian yang mendalam untuk menentukan garis panduan dan polisi
penyimpanan data DNA sangat diperlukan. Garis panduan atau
polisi yang akan diwujudkan hendaklah menerapkan prinsip dalam
perundangan antarabangsa yang menjaga dan memelihara hak asasi
kanak-kanak. Pihak kerajaan hendaklah mengambil tindakan yang
serius untuk menilai semula dan meminda perundangan yang sedia
ada dalam usaha mewujudkan sistem perundangan yang adil dan
saksama.
RUJUKAN
Akta Identikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2009 (Malaysia) (Akta
699).
Akta Kanak-kanak 2001 (Malaysia) (Akta 611).
Andrei Semikhodskii, 2007. Dealing with DNA Evidence: A Legal Guide.
Abingdon, United Kingdom: Routledge-Cavendish.
Andrew, D. Thibedeau, 2011. National Forensic DNA Databases - Council
for Responsible Genetics. Cambridge, Massachusetts.
Anita Abdul Rahim, 2012. Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Candice Roman-Santos, “Concerns Associated with Expanding DNA
Databases” dlm. Hastings Science and Technology Law Journal 2:2,
hlm. 267-300, 2010.
Crimes Act 1914 (Commonwealth of Australia).
Dasar Kanak-kanak Negara.
Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara.
Hoge, Robert, D., 2001. The Juvenile Offender, Theory, Research and
Applications. United States of America: Kluwer Academic Publishers.
Jennifer, L. Doleac, 2011. “The Effects of DNA Databases on Crime”.
Stanford Institute for Economic Policy Research. Kertas kerja No. 12-
002. Stanford University, November 2011.
DNA 180117.indd 115 2/3/17 9:55 AM
116 KANUN [JAN 2017]
Kanun Keseksaan (Malaysia) (Akta 574).
Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak.
Liz Campbell dan Nessa Lynch, 2012. “Competing Paradigms? The Use
of DNA Powers in Youth Justice” dlm. Youth Justice 12:1, hlm. 3-18.
Sheldon Krimsky dan Tania Simoncelli, 2011. Genetic Justice: DNA
Data Banks, Criminal Investigations and Civil Liberties. New
York:Columbia University Press.
Parliamentary Ofce of Science and Technology, 2006. The National
DNA Database. United Kingdom: Parliament of the United Kingdom.
Protection of Freedoms Act 2012 (United Kingdom).
Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2013. Konvensyen
mengenai Hak Kanak-kanak. http://www.jkm.gov.my/content.
php?pagename=konvensyen_mengenai_hak_kanak-kanak&lang=bm
(Capaian pada 5 Mei 2016).
Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2013. Dasar Kanak-kanak
Negara. http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?id=VEliZUhrbWc2
VC9wM3hEVWxTWVVFdz09&r=portal/left [8 November 2016]
Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2013. Dasar Perlindungan
Kanak-kanak Negara. http: //www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r =
portal/left&id=TlFwUVczN0RLQ3VlRDFqRTFmVENuZz09
(Capaian pada November 2016).
Malaysia. Perbahasan Dewan Rakyat, Bacaan Pertama, 18 Ogos 2008,
hlm. 26 (Dato’ Seri Syed Hamid Albar).
Malaysia. Perbahasan Dewan Rakyat, Bacaan Kedua dan Ketiga, 28 Ogos
2008, hlm. 72 dan 86 (Dato’ Seri Syed Hamid Albar).
Malaysia. Perbahasan Dewan Rakyat, Jawatankuasa, 23 Jun 2009, hlm. 89
(Datuk Ronald Kiandee).
Michael Lynch “2003. God’s Signature: DNA Proling, The New Gold
Standard in Forensic Science” dlm. Endeavour 27:2, hlm. 93-97.
Mohd. Munzil Muhamad, 2016. “Mengapakah Analisa DNA Amat Berguna
dalam Sistem Perundangan?”. https://asklegal.my/p/mengapakah-
analisa-dna-amat-berguna-di-dalam-sistem-perundangan (Capaian
pada 12 Januari 2016).
Robin Williams, Paul Johnson dan Paul Martin, 2004. “Genetic Information
and Crime Investigation: Social, Ethical and Public Policy Aspects of
the Establishment, Expansion and Police Use of the National DNA
Database”. School of Applied Social Sciences, University of Durham.
Ron C. Michaelis, Robert G. Flanders, Jr. dan Paula H., Wulff, 2008. A
Litigators Guide to DNA: From the Laboratory to the Courtroom.
DNA 180117.indd 116 2/3/17 9:55 AM
26 KANUN (1)
117
Penyimpanan DNA Pesalah Kanak-kanak di Malaysia:
Kesannya terhadap Hak Asasi Kanak-kanak
Mohd. Munzil Muhamad dan Nurul Hidayat Ab. Rahman
Burlington, Massachusetts: Academic Press.
Mohd. al-Adib Samuri dan Noor Aziah Mohd. Awal, “Hukuman terhadap
Pesalah Kanak-kanak di Malaysia: Pencegahan atau Pemulihan?”
dlm. Jurnal Undang-undang 13, hlm. 35-54, 2009.
Tania Simoncelli, “Dangerous Excursions: The Case Against Expanding
Forensic DNA Databases to Innocent Persons” dlm. Journal of Law,
Medicine and Ethics 34:2, hlm. 390-97, 2006.
t.n., 2013. Kertas Polisi. “Protection of Freedoms Act 2012: How DNA
and Fingerprint Evidence is Protected in Law”. GOV.UK <www.gov.
uk> (Capaian pada 4 April 2013).
Diperoleh (Received): 29 November 2016
Diterima (Accepted): 12 Disember 2016
DNA 180117.indd 117 2/3/17 9:55 AM
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Book
Giving the reader an in-depth understanding of DNA evidence in criminal practice, this text explains in clear language how DNA evidence is obtained and how it can be successfully challenged in court to minimize its impact or even dismiss it completely. Since it first entered the criminal legal practice DNA has become an indispensable tool in fighting crime, as it allows both unambiguous identification of the criminal by traces of biological material left at the crime scene as well as acquitting innocent suspects. This book: outlines the various types of testing used to obtain DNA evidence highlights the weaknesses of DNA testing, presenting and discussing defence strategies for refuting DNA evidence shows how DNA should be treated as just another piece of evidence and how on its own it is often not enough to convict someone of a particular crime. This book is essential reading for students and practitioners of criminal law and practice and forensic science and law.
Article
Since 1988, every US state has established a database of criminal offenders' DNA profiles. In advocating them, law enforcement officials argued that the databases would (i) allow them to identify suspects and rule out innocent people in cases where DNA was part of the crime scene, and (ii) deter criminals whose DNA profile was collected from reoffending. DNA databases are distinctive among law enforcement tools. First, they feature enormous economies of scale: although setting up a database is expensive, profiling an additional person or conducting an additional search is very cheap. Second, they are hypothesized to work mainly by increasing the probability that a criminal is punished, rather than increasing the severity of the punishment. Unlike enforcement tools such as longer sentences, the effectiveness of databases should not be substantially reduced if offenders have high discount rates. This paper provides the first evidence on the impact of DNA databases on crime, addressing both the partial equilibrium effects of DNA profiling on individuals' subsequent criminal behavior and the general equilibrium impacts of profiling on crime rates and arrest probabilities. To identify partial equilibrium effects, I exploit the fact that if two criminals with virtually the same history are released one day apart, one may be subject to DNA profiling and the other not. These discontinuities in treatment occur every time a state adds a type of offender to its database. The paper shows that profiled violent offenders are more likely to return to prison than similar, unprofiled offenders — suggesting that the higher probability of getting caught outweighs the deterrent effect of DNA profiling — but the magnitude of this effect varies with age and criminal history. To identify general equilibrium effects, I exploit variation in the timing of database expansions across states. The paper shows that larger DNA databases reduce crime rates, especially in categories where forensic evidence is likely to be collected at the scene — for example, murder, rape, assault, and vehicle theft. Back-of-the-envelope estimates of the marginal cost of preventing each crime suggest that DNA databases are much more cost-effective than other common law enforcement tools.
Article
DNA is an important tool for criminal investigations and prosecutions. There has been considerable comment on its collection and retention from adult suspects and convicted persons, but little analysis of the particular situation of young people in the youth justice system. This article considers the competing paradigms at play when young persons’ DNA is collected and stored. The tensions between expanded DNA powers and norms of youth justice such as reintegration and best interests are considered as well as the implications for the young person’s rights.
Article
The recent incorporation of forensic DNA identification technology into the criminal justice systems of a growing number of countries has been fast and far reaching. In developing and using DNA profiling for forensic purposes many criminal jurisdictions across the world have followed a common trajectory: from its case-by-case use to support the investigation and prosecution of a small number of homicides and sexual assaults, to the recovery of biological samples and the comparison of DNA profiles as an extensive and routine practice in the investigation of a wide range of crimes including property and auto crime. Essential to this development has been the introduction and expansion of DNA databases or 'registers' which contain collections of genetic profiles derived from biological samples lawfully collected from widening categories of individuals. The National DNA Database (NDNAD) of England & Wales is one such database. This report provides an account of the NDNAD and its uses that we hope will stimulate discussion and debate among and across a range of stakeholders – including forensic scientists, crime scene personnel, police officers, policy makers, and members of the legal profession – who contribute to making the NDNAD ‘work’ and among other interested parties – including human rights groups, academics, and bio-ethicists – who respond to, and sometimes influence, understandings and applications of this forensic instrument. But we also hope to promote, in supplying a comprehensive overview of the historical development, current use, and potential changes in DNA profiling and databasing in England & Wales, an understanding of the NDNAD beyond those with a ‘hands on’ interest in its use.
Article
In the mid-1980s, when the first DNA profiling techniques were developed, the name DNA 'fingerprinting' was widely used. At the time, fingerprinting was a well-established forensic method, and it was rarely questioned in the courts. Fingerprint examiners were permitted to describe matching prints as evidence of individual identity, and they were not required to give probability estimates. Despite its nominal association with the older technique, DNA 'fingerprinting' went through a period of controversy, especially in the US courts. The association with fingerprinting was questioned, and experts were required to qualify their testimony with probability figures. Heated debate occurred in scientific publications and law courts about the statistical and population genetic assumptions that went into the probability calculations presented in court cases. However, by the late 1990s DNA profiling was so widely accepted that it became a basis for invidious comparison with all other forms of forensic evidence, including fingerprinting. In the past three years, the admissibility of fingerprint evidence has been challenged in several US federal and state courts. This article discusses the socio-legal and socio-technical issues that led to the inversion of credibility that characterized the intertwined history of the two techniques.
Article
Over the past fifteen years, the United States has witnessed an extraordinary expansion in the banking and mining of DNA for law enforcement purposes. While the earliest state laws governing forensic DNA limited collection and retention of DNA samples to sexual offenders – on the theory that these persons were especially prone to recidivism and most likely to leave behind biological evidence – today forty-three states collect DNA from all felons, twenty-eight from juvenile offenders, and thirty-eight from those who commit certain categories of misdemeanors. A few states have expanded their databases beyond convicted criminals. Virginia, Louisiana, Texas, and California have authorized DNA retention from persons merely arrested for various offenses, although to date only Virginia has implemented such a program. At the federal level, an ill-considered statute that allows for the seizure and storage of DNA from anyone arrested and from non-U.S. citizens detained under federal authorities was recently signed into law.
The Effects of DNA Databases on Crime " . Stanford Institute for Economic Policy Research
  • L Jennifer
  • Doleac
Jennifer, L. Doleac, 2011. " The Effects of DNA Databases on Crime ". Stanford Institute for Economic Policy Research. Kertas Kerja No. 12-002. Stanford University, November 2011.
National Forensic DNA Databases -Council for Responsible Genetics
  • D Andrew
  • Thibedeau
Andrew, D. Thibedeau, 2011. National Forensic DNA Databases -Council for Responsible Genetics. Cambridge, Massachusetts.